Tuesday, 24 March 2015

^_^ PENGERTIAN MUKJIZAT AL-QURAN ^_^


  • Seperti yang kita sedia maklum, perkataan "Mukjizat" seringkali dikaitkan dengan sesuatu kejadian yang menakjubkan sekaligus sukar dijangkau oleh daya pemikiran manusia yang serba terbatas.Namun begitu, pemahaman tersebut berbeza sedikit dengan erti sebenar dari segi "Mukjizat dalam Al-Quran".Persoalannya apakah yang dimaksudkan mukjizat dalam Al-Quran?
PENGERTIAN MUKJIZAT (BAHASA)

Mukjizat berasal daripada perkataan Arab  (عجز), iaitu ‘Lemah’. Dari sudut bahasa ia membawa maksud dan erti ‘Yang Melemahkan’.

PENGERTIAN MUKJIZAT (ISTILAH)

Mukjizat ialah sesuatu yang luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan di luar kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun sepertinya.

PEMBAHAGIAN MUKJIZAT 

1.    MUKJIZAT DARI SEGI BAHASA
2.    MUKJIZAT DARI SEGI ISI KANDUNGAN
3.    MUKJIZAT DARI SEGI ILMU

1.       MUKJIZAT DARI SEGI BAHASA



Allah menurunkan al-Quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad yang lengkap dengan sastera, kerana masyarakat Arab waktu itu pakar dalam bidang puisi, prosa serta kesusasteraan.Penurunan al-Quran mengkagumkan dan mempesonakan merekadengan keindahan gaya Bahasa serta  susunan lafaz al-Quran.


Bahasa al-Quran amat indah, padat dan tidak dapat ditangani oleh pakar Bahasa daripada semua peringkat zaman. Bahasa al-Quran adalah jelas, tepat dan menyeluruh. Antara lain mukjizat al-Quran daripada segi Bahasa ialah melalui keindahan susunanya, gaya bahasanya dari segi fasahah (فصاحة) dan balaghah (بلاغة).

Kelebihan al-Quran melalui ketinggian gaya bahasanya tidak dapat ditangani oleh sesiapa, dibawa oleh Nabi Muhammad yang bersifat Ummi. Hal tersebut untuk membuktikan dan mengukuhkan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah. Al-quran adalah kalam Allah dan bukan ciptaan atau ucapan Nabi Muhammad s.a.w.


2.       MUKJIZAT DARI SEGI ISI KANDUNGAN

(A) AL-Quran mengandungi peristiwa dan kisah yang telah berlaku di zaman lampau dan zaman sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dalam surah Al-Kahfi.

A025
"Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)."

(B) Isi kandungan al-Quran mempunyai hubungkait antara satu ayat atau surah dengan yang lain dan tidak terdapat sebarang percanggahan sedikit pun, sama ada dari aspek berita, pengajaran dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nisaa’

A082
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.


(C) Dalam al-Quran juga menceritakan peristiwa dan perkara yang akan berlaku di mana peristiwa yang dinyatakan itu memang akan berlaku. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah Ar-Ruum    

غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4

Orang-orang Rom telah dikalahkan (2) Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya (3) Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira (4)

(Ar-Ruum 30:2-4)

(D) Menceritakan sejarah dan pengalaman Nabi dahulu sebagai panduan. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah Yusuf

A003
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.


3.       MUKJIZAT DARI SEGI ILMU

Ilmu ibadat: sembahyang,puasa, zakat dan haji.

Ilmu tentang aqidah dan menyeru semua manusia supaya mentauhidkan Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya semata-mata.

Pengetahuan tentang muamalat dan perhubungan dengan manusia lain, contohnya tentang gadaian, hutang piutang dan jual beli.

Di bidang ekonomi, Islam sentiasa menggalakkan umatnya mencari kebahagiaan untuk bekalan di Hari Akhirat, di samping tidak mengabaikan urusan keduniaan dan mencari harta.

Ilmu balaghah, nahu, sastera dan lainnya, sejarah, politik, pentadbiran dan semua lapangan ilmu yang tidak terhitung.

Sebagai rumusannya, Al-Quran merupakan mukjizat terbesar  Nabi Muhammad. Justeru itu ia juga bertujuan  untuk melemahkan musuhnya dan sesiapa sahaja yang cuba meragui kebenarannya. Allah S.W.T. mencabar sesiapa yang dapat membuat sama seperti al-Quran hanya satu surah sahaja, kiranya dakwaan mereka itu benar, sebagaimana firman Allah S.W.T.:

A023

 "Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kam percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar."
(Al-Baqarah 2:23

Tujuan al-Quran dan mukjizatnya dikurniakan kepada Rasulullah ialah untuk membuktikan serta menguatkan kenabian dan kerasulan serta bukti ajaran yang dibawa oleh Baginda itu adalah dating daripada Allah S.W.T.





  • Al-Quran merupakan panduan hidup yang paling utama dalam hidup manusia sampai hari kiamat.Kalam yang teragung ini  telah diturunkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W sekaligus memberikan pencerahan dalam hidup manusia supaya tidak bergelumang dengan zaman jahiliah. Kisah-kisah yang tersirat dan tersurat di sebalik kalam suci ini memberikan tauladan dan pedoman dalam hidup manusia supaya menjadi lebih baik.Persoalannya, apakah contoh mukjizat Al-Quran yang boleh dipelajari untuk menambahbaik kehidupan manusia?

Semakin banyak yang kita pelajari tentang Al-Quran maka semakin banyak yang perlu kita terokai rahsia disebalik kemukzijatan Al-Quran ini.Terdapat banyak contoh yang terkandung dalam mukjizat Al-Quran yang boleh dipelajari sekaligus mampu dijadikan pedoman dalam hidup manusia.Ia sangat penting untuk supaya dapat memastikan agar kita hidup tidak lari dari landasan yang benar yang berpaksi pada Al-Quran dan As-Sunnah.Antara contoh-contoh mukjizat yang dapat diketengahkan dalam entri kali ini adalah :

  1. CONTOH PERTAMA 
  • Dalam surah Al-A’raaf ayat 103-141, surah Al-Anfaal ayat 52-54, surah As-Syuaraa’ ayat 11-68 dan surah Ghaafir ayat 24-46. telah menceritakan tentang perilaku Firaun yang dengan beraninya mengingkari perintah Allah Taala dengan bangganya. Oleh itu, Allah S.W.T. telah membalas perbuatan Firaun dengan menenggelamkannya dengan para pengikut di Laut Merah semasa mereka sedang mengejar Nabi Musa.


  • Melalui kisah ini, kita dapat gambarkan bahawa orang yang melanggar perintah Allah Taala pasti akan mendapat balasan yang setimpal mengikut apa yang mereka kerjakan di dunia samaada baik atau buruk. Janganlah sekali-kali menjadi orang yang zalim atau menyakiti sesama manusia.

2. CONTOH KEDUA



  • Dalam surah Yusuf yang bermula dari ayat 4 sehingga ayat 110 merupakan kisah yang terpanjang yang terdapat di dalam Al-Quran.Ia menceritakan tentang kisah kehidupan Nabi Yusuf A.S sejak baginda kecil sehinggalah dewasa.Kehidupan baginda penuh ranjau dan berliku.Namun keikhlasan dan kesucian hati baginda mengatasi segala-galanya semata-mata sebagai bukti perasaan cinta yang tulus kepada sang pencipta.


  • Antara kesulitan yang pernah Nabi Yusuf A.S hadapi adalah baginda  telah dianiaya oleh saudara-saudaranya sendiri namun hatinya tetap tidak membenci. Selain itu,baginda pernah dibuang ke dalam perigi, dijual sebagai hamba dan dibeli oleh seorang pegawai tinggi di Mesir. Setelah meningkat dewasa Nabi Yusuf menjadi seorang lelaki yang sangat tampan, sehingga Zulaikha sanggup memerangkap baginda dalam satu tipu muslihat. Kejadian fitnah tersebut telah membawa baginda berada di dalam tahanan. Namun kebolehan dan kemahiran menta’bir mimpi yang dimiliki, membolehkan baginda dibebaskan dan mendapat kedudukan yang tinggi sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri.
A101
“Wahai Tuhanku. Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu ta’bir mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat, sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.
(SURAH YUSUF AYAT 101)

3. CONTOH KETIGA.

  • Selain itu, terdapat contoh mukjizat Al-Quran yang lain sekaligus meliputi ilmu-ilmu ghaib atau berita alam ghaib. Ilmu-ilmu ghaib yang dimaksudkan adalah perkara-perkara yang tidak mampu mencakupi akal fikiran manusia yang serba terbatas seperti kewujudan syurga dan neraka, alam barzakh, malaikat , hari pembalasan dan sebagainya.


  • Sebagai contoh, dalam Al-Quran tidak dinyatakan bila seseorang akan meninggal dunia
    malah menyatakan tentang ciri-ciri yang dapat dilihat pada seseorang apabila mereka hampir kepada kematian. Selain itu, wujud syurga dan neraka sebagai salah satu balasa kepada apa yang telah dilakukan oleh manusia sepanjang kehidupan mereka di dunia. Manusia tidak dapat melihat kewujudan syurga dan neraka dengan mata kasar namun keindahan syurga yang sangat mengagumkan dan neraka yang penuh dengan kesengsaraan dapat dihayati melalui Surah An-Nur ayat 19 yang bermaksud.
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah taala mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian"
(Surah An-Nur 24:19)




No comments:

Post a Comment