- Adakah para ulama saling berbeza pendapat apabila membahas perkara yang berkaitan dengan mukjizat Al-Quran ?
Semua para ulama bersepakat bahawa tidak adanya ciptaan atau karya daripada kemampuan manusia yang mampu menandingi kesempurnaan mashaf Al-Quran atau kalam Allahu Taala ini. Namun, tetap berlaku perbezaan pendapat mengenai "segi mukjizat Al-Quran".
PENDAPAT PERTAMA :
Kemukjizat Al-Quran itu terletak pada segi nadzam (Rangkaian)nya yang asing dan berbeza dengan rangkaian orang-orang Arab atau prosa mereka yang lain samaada pada bahagian awal , tengah atau akhir.
PENDAPAT KEDUA:
Kemukjizatan Al-Quran terletak pada kefasihan lafaz-lafaznya, perumpamaannya serta kesempurnaan indahnya sehingga ia mencapai tahap kematangan yang tinggi dan tidak pernah ada bandingnya.
PENDAPAT KETIGA:
Kemukjizatan Al-Quran terletak pada kesunyiannya dari pertentangan dan memuat makna-makna yang dalam, memuat hal-hal yang ghaib yang di luar kemampuan manusia, malah mereka tidak mampu untuk mengetahuinya.Namun demikian dia selamat dari pertentangan dan perlawanan.
PENDAPAT KEEMPAT:
Segi mukjizat Al-Quran adalah kerana ia memuat kelebihan-kelebihan yang nyata dan keajaiban yang bersih dalam pembukaan ,pertengahan dan penghabisan setiap surah. Ia juga ditunjangi oleh 3 unsur berikut:
- Kefasihan dan lafaz-lafaznya.
- Kematangan makna-maknanya.
- Bentuk aturan yang sangat indah dan memikat.
- Al-Quran adalah kalam Allahu Taala yang sangat bernilai kepada umat Islam. Dari segi kemukjizatan Al-Quran adakah ia mempunyai bilangan yang spesifik atau tertentu?
Tidak ada bilangan yang spesifik atau khusus untuk bahagian segi mukjizat Al-Quran bukan hanya dari segi falsafah atau balaghahnya sahaja tetapi terdapat mukjizat dari segi yang lain. Menurul Imam Az-Zarqani dalam kitab "Manahilul Irfan" mencatat segi mukjizat terdapat 16. Manakala menurut Imam Qurtubi dalam kitabnya yang bertajuk "Al-Jamili Ahkamil Quran" terdapat 10 segi mukjizat Al-Quran. Sebahagian yang terdapat di dalam kitab "Manahilul Irfan" dan sebahagian lagi tidak disebutkan.
Namun segi-segi mukjizat Al-Quran dapat saya ketengahkan secara ringkas seperti yang berikut:
- Aturan yang indah yang samasekali berada dengan aturan yang berlaku dalam lisan (bahasa) Arab.
- Susunan ajab, jauh berbeza dengan segala macam bentuk susunan bahasa Arab.
- Keagungan yang amat tidak mungkin bagi makhluk mendatangkannya.
- Syariat yang lembut dan sempurna, yang tidak pernah terkalahkan oleh setiap syariat yang ada.
- Mengkhabarkan hal-hal ghaib yang hanya diketahui dengan wahyu.
- Tidak ada pertentangan dengan ilmu-ilmu alam yang sudah pasti kebenarannya.
- Memenuhi setiap janji dan ancaman yang telah dikhabarkan.
- Ilmu dan pengetahuan yang terkandung di dalamnya baik ilmu alam mahupun ilmu syariat.
- Kesanggupan memenuhi segala keperluan manusia.
- Pengaruhnya dalam hati para pengikut dan musuh.
Natijahnya, segala aturan yang terdapat di dalam Al-Quran tidak dapat ditandingi kesempurnaan susunannya, perumpamaannya, susunan bahasanya dan sebagainya oleh prosa-prosa atau syair nukilan oleh para sasterawan ,tokoh falsafah atau para pujangga yang terkenal dalam kalangan orang Arab seperti Walid bin Mughirah, Utbah bin Rabilah dan lain-lain.
KESIMPULANNYA
Searus dengan pembangunan yang pesat di dunia janganlah kita lupa untuk meluangkan masa untuk mentadabbur Al-Quran. Sudah pasti kita akan tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi apabila kita mengabaikan Al-Quran . Sesungguhnya Al-Quran merupakan panduan hidup yang paling penting supaya manusia yang selalu sibuk dengan perkara-perkara lagha terus bangkit dari tidur yang mengasyikkan. Banyak perkara yang mampu kita pelajari daripada Al-Quran dan ilmunya tidak akan habis untuk dikaji. Diibaratkan air laut yang tidak akan kering. Sesungguhnya ciptaan Allah taala merupakan sebaik-baik perkara yang melebihi segala-galanya.
RUJUKAN
1. Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni (2007). Sejarah dan Dasar Pengajian Ilmu Al-Quran.
- Sejarah dan Dasar Pengajian Ilmu Al-Quran, Cetakan 4, Al-Hidayah Publication Sdn. Bhd.
- Kuala Lumpur.
2. Dr. Abd Latif Muda, Dr. Rosmawati Ai @ Mat Zin (2014)
- Modular STPM Ulum Al-Quran , Pustaka Salam Sdn. Bhd.
- Kuala Lumpur.
3. Rosmawati Ali @ Mat Zin (1997) Pengantar Ulum.
- Al-Quran ,Edisi Pertama, Pustaka Salam Sdn. Bhd.
- Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment