ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
BISMILLAH....
Dengan nama Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha pengasihani, segala pujian hanyalah untukmu YA ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.Juga memerintah hari pembalasan dan engkau jualah yang kami sembah dan padamu jualah kami memohon pertolonganmu iaitu tunjuklah kami jalan yang lurus yang mana jalan yang mendapat keredhaanmu dan jangan sekali-kali kau tunjukkan kami jalan yang sesat yakni jalan-jalan yang mendapat kemurkaanmu YA ALLAH........
Dengan hidayahmu jua YA ALLAH hambamu yang lemah ini mendapat peluang untuk berkongsi secebis ilmu yang tidak seberapa supaya dapat dikongsi bersama sekaligus dapat dimanfaatkan oleh sekelian umat Nabi Muhammad S.A.W di akhir zaman ini. Semoga nukilan ikhlas dari saya yang tidak sebesar mana ini andaikata adanya pahala disisimu, hambamu ini ingin sekali menghadiahkannya kepada kedua-dua ibubapa kami, para pensyarah dan guru-guru dan seluruh umat Islam seantero dunia tidak kira di mana sahaja mereka yang telah mendahului kami YA ALLAH......
Bersyukur kita kepada Allah Azzawajalla dengan taufik dan hidayahnya , telah mengizinkan saya menzahirkan ilmu yang ada melalui nukilan yang ringkas . Nukilan ini disajikan untuk tatapan para pembaca semua agar mendapat manfaat , semoga apa yang kita perolehi boleh diamalkan bersama. In syaa allah......Semoga ianya dapat menenangkan hati nurani, perasaan dan penawar kepada jiwa kerana firman Allah Taala yang bermaksud dalam surah AL-ISRAA' ayat 28 yang bermaksud " dan Kami turunkan ayat-ayat dari Al-Quran untuk menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya (Al-Quran).
Sesungguhnya AL-Quran memberikan seribu satu jalan penyelesaian bagi umat manusia sehingga para pengkaji Barat tertarik untuk menyelongkar rahsia di sebaliknya. Al-Quran merupakan anugerah teragung yang dimiliki oleh umat islam sekaligus sebagai panduan hidup sehingga akhir zaman. Seperti yang kita ketahui hati Umar Al-khattab seseorang yang terkenal dengan sosok yang bengis,garang dan berani menentang terutama dalam usaha untuk menjatuhkan islam akhirnya luluh apabila beliau hanya terdengar alunan bacaan ayat suci Al-Quran. Beliau pada mulanya membenci islam akhirnya menjadi sosok yang menjadi tonggak utama dalam usaha menyebarkan islam. Segala-galanya berlaku selepas beliau memeluk islam sehingga digelar sebagai "SINGA ALLAH"..... Subhanallah......betapa hebatnya kalam suci Al-Quran ini.....
Rasullulah juga sentiasa mengingatkan kita untuk berpegang teguh kepada dua perkara ini iaitu Al-Quran dan As-Sunnah sesungguhnya kita tidak akan sesat sampai bila-bila. Al-Quran juga menjadi senjata umat islam dalam menghadapi masalah kemasyarakatan bagi penyatuan ummah , kerana hanya dengan Al-Quran sahajalah umat islam boleh bersatu kerana firman Allah Taala yang bermaksud "Berpegang teguhlah dengan tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu berpecah belah".
YA ALLAH, hambamu ini memohon keredhaanmu dengan apa usaha yang dilakukan hambamu ini, semoga ianya dapat diterima baik oleh semua lapisan masyarakat . Sesungguhnya Engkaulah maha mendengar lagi maha mengetahui dan hambamu ini tidak mungkin mendapat taufik dan hidayah serta keberkatan tanpa pertolongan daripadamu lecuali dengan izinmu. YA ALLAH sekembalinya kami kepadamu nanti tempatkanlah kami di tempat orang-orang dianugerahi rahmat dan syafaatmu.
No comments:
Post a Comment