Tuesday, 24 March 2015

^_^ PENDAPAT-PENDAPAT ULAMA TENTANG MUKJIZAT AL-QURAN ^_^


  • Adakah para ulama  saling berbeza pendapat apabila membahas perkara yang berkaitan dengan mukjizat Al-Quran ? 


Semua para ulama bersepakat bahawa tidak adanya ciptaan atau karya daripada kemampuan manusia yang mampu menandingi kesempurnaan mashaf Al-Quran atau kalam Allahu Taala ini. Namun, tetap berlaku perbezaan pendapat mengenai "segi mukjizat Al-Quran".


PENDAPAT PERTAMA :

Kemukjizat Al-Quran itu terletak pada segi nadzam (Rangkaian)nya yang asing dan berbeza dengan rangkaian orang-orang Arab atau prosa mereka yang lain samaada pada bahagian awal , tengah atau akhir.


PENDAPAT KEDUA:

Kemukjizatan Al-Quran terletak pada kefasihan lafaz-lafaznya, perumpamaannya serta kesempurnaan indahnya sehingga ia mencapai tahap kematangan yang tinggi dan tidak pernah ada bandingnya.


PENDAPAT KETIGA:

Kemukjizatan Al-Quran terletak pada kesunyiannya dari pertentangan dan memuat makna-makna yang dalam, memuat hal-hal yang ghaib yang di luar kemampuan manusia, malah mereka tidak mampu untuk mengetahuinya.Namun demikian dia selamat dari pertentangan dan perlawanan.


PENDAPAT KEEMPAT:

Segi mukjizat Al-Quran adalah kerana ia memuat kelebihan-kelebihan yang nyata dan keajaiban yang bersih dalam pembukaan ,pertengahan dan penghabisan setiap surah. Ia juga ditunjangi oleh 3 unsur berikut:



  1. Kefasihan dan lafaz-lafaznya.
  2. Kematangan makna-maknanya.
  3. Bentuk aturan yang sangat indah dan memikat.


  • Al-Quran adalah kalam Allahu Taala yang sangat bernilai kepada umat Islam. Dari segi kemukjizatan Al-Quran adakah ia mempunyai bilangan yang spesifik atau tertentu?

Tidak ada bilangan yang spesifik atau khusus untuk bahagian segi mukjizat Al-Quran bukan hanya dari segi falsafah atau balaghahnya sahaja tetapi terdapat mukjizat dari segi yang lain. Menurul Imam Az-Zarqani dalam kitab "Manahilul Irfan" mencatat segi mukjizat terdapat 16. Manakala menurut Imam Qurtubi dalam kitabnya yang bertajuk "Al-Jamili Ahkamil Quran" terdapat 10 segi mukjizat Al-Quran. Sebahagian yang terdapat di dalam kitab "Manahilul Irfan" dan sebahagian lagi tidak disebutkan.

Namun segi-segi mukjizat Al-Quran dapat saya ketengahkan secara ringkas seperti yang berikut:
  1. Aturan yang indah yang samasekali berada dengan aturan yang berlaku dalam lisan (bahasa) Arab.
  2. Susunan ajab, jauh berbeza dengan segala macam bentuk susunan bahasa Arab.
  3. Keagungan yang amat tidak mungkin bagi makhluk mendatangkannya.
  4. Syariat yang lembut dan sempurna, yang tidak pernah terkalahkan oleh setiap syariat yang ada.
  5. Mengkhabarkan hal-hal ghaib yang hanya diketahui dengan wahyu.
  6. Tidak ada pertentangan dengan ilmu-ilmu alam yang sudah pasti kebenarannya.
  7. Memenuhi setiap janji dan ancaman yang telah dikhabarkan.
  8. Ilmu dan pengetahuan yang terkandung di dalamnya baik ilmu alam mahupun ilmu syariat.
  9. Kesanggupan memenuhi segala keperluan manusia.
  10. Pengaruhnya dalam hati para pengikut dan musuh.
Natijahnya, segala aturan yang terdapat di dalam Al-Quran tidak dapat ditandingi kesempurnaan susunannya, perumpamaannya, susunan bahasanya dan sebagainya oleh prosa-prosa atau syair nukilan oleh para sasterawan ,tokoh falsafah atau para pujangga yang terkenal dalam kalangan orang Arab seperti Walid bin Mughirah, Utbah bin Rabilah dan lain-lain.





KESIMPULANNYA 

Searus dengan pembangunan yang pesat di dunia janganlah kita lupa untuk meluangkan masa untuk mentadabbur Al-Quran. Sudah pasti kita akan tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi apabila kita mengabaikan Al-Quran . Sesungguhnya Al-Quran merupakan panduan hidup yang paling penting supaya manusia yang selalu sibuk dengan perkara-perkara lagha terus bangkit dari tidur yang mengasyikkan. Banyak perkara yang mampu kita pelajari daripada Al-Quran dan ilmunya tidak akan habis untuk dikaji. Diibaratkan air laut yang tidak akan kering. Sesungguhnya ciptaan Allah taala merupakan sebaik-baik perkara yang melebihi segala-galanya.


RUJUKAN

1. Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni (2007). Sejarah dan Dasar Pengajian Ilmu Al-Quran.
  • Sejarah dan Dasar Pengajian Ilmu Al-Quran, Cetakan 4, Al-Hidayah Publication Sdn. Bhd.
  • Kuala Lumpur.
2. Dr. Abd Latif Muda, Dr. Rosmawati Ai @ Mat Zin (2014)
  • Modular STPM Ulum Al-Quran , Pustaka Salam Sdn. Bhd.
  • Kuala Lumpur.
3. Rosmawati Ali @ Mat Zin (1997) Pengantar Ulum.
  • Al-Quran ,Edisi Pertama, Pustaka Salam Sdn. Bhd.
  • Kuala Lumpur.


^_^ KEISTIMEWAAN SUSUNAN AL-QURAN ^_^

  • Apakah penyusunan Al-Quran tersusun semenjak ianya diturunkan?


Al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu .Surah di dalam Al-Quran berjumlah 114 dan diturunkan secara berperingkat-peringkat.Al-Quran diutuskan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Malaikat Jibril.Sewaktu diturunkan ianya tidak tersusun seperti sekarang (kacau bilau). Surah pertama yang diturunkan adalah surah Al-Alaq.Surah Al-Alaq merupakan surah yang ke-96 dalam Al-Quran dan terdiri daripada 19 ayat. Tergolong dalam surah-surah Makiyyah.Ayat 1 sampai 5 dalam surah ini merupakan yang pertama kali diturunkan sewaktu Nabi Muhammad S.A.W berada di Gua Hira'.Surah ini dinamakan Al-Alaq (segumpal darah) yang diambil daripada ayat ke 2 surah ini .Surah ini dinamai dengan Iqra atau Al-Qalam.

SURAH AL-ALAQ

 Surah yang kedua pula adalah surah Mudatheer.Ia tergolong dalam golongan surah Makkiyah yang terdiri daripada 56 ayat.Dinamakan surah Mudatheer yang bermaksud "orang yang berselubung".Antara isi yang terdapat dalam surah ini adalah Allah taala akan mengazab orang-orang yang menentang Nabi Muhammad S.A.W dan yang mendustakan Al-Quran. Seterusnya surah yang ketiga diturunkan adalah surah Al- Muzameel .Surah ini telah diturunkan oleh Allah taala selepas baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira'.Hal ini menunjukkan tanggungjawab yang diterima oleh baginda sangat berat.Selain itu ia juga sebagai satu simbolik untuk menggalakkan kita berqiamullai atau bangun malam.


SURAH AL-MUZAMEEL



Susunan Al-Quran ini telah dikritik oleh golongan orientalis (mereka yang mengkaji Islam) dengan niat mahu mencari kepincangan dalam susunan Al-Quran. Mereka berpendapat susunan sedia ada ini tidak bagus dan salah malah mereka mahu Al-Quran disusun sepertimana ia diturunkan dan bukan seperti sekarang.Susunan Al-Quran sekarang disusun bermula dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas.


Surah-surah yang terkandung di dalam Al-Quran:

  1. Surah Al-Fatihah.
  2. Surah Al-Baqarah.
  3. Surah Al-Imran.
  4. Surah Al-Nisa'.
  5. Surah Al-Ma'idah.
  6. Surah Al-An'am.
  7. Surah Al-A'raf.
  8. Surah Al-Anfal.
  9. Surah Al-Taubah.
  10. Surah Yunus.
  11. Surah Hud.
  12. Surah Yusuf.
  13. Surah Al-Ra'd.
  14. Surah Ibrahim.
  15. Surah Al-Hijr.
  16. Surah Al-Nahl.
  17. Surah Al-Isra'.
  18. Surah Al-Khaf.
  19. Surah Maryam.
  20. Surah Thaha.
  21. Surah Al-Anbiya.
  22. Surah Al- Hajj.
  23. Surah Al-Mu'minun.
  24. Surah An-Nur.
  25. Surah Al-Furqan.
  26. Surah Asy-Syu'ara.
  27. Surah An-Naml.
  28. Surah Al-Qasas.
  29. Surah Al-Ankabut.
  30. Surah Ar.Rum.
  31. Surah Luqman.
  32. Surah As-Sajdah.
  33. Surah Al-Ahzab.
  34. Surah Saba.
  35. Surah Fatir.
  36. Surah Yaasin.
  37. Surah As-Shaffat.
  38. Surah Shad.
  39. Surah Az-Zumar.
  40. Surah Ghafir.
  41. Surah Fusilat.
  42. Surah Asy-Syura.
  43. Surah Az-Zukhruf.
  44. Surah Ad-Dukhan.
  45. Surah Al- Jatsiyah.
  46. Surah Al-Ahqaf.
  47. Surah Muhammad.
  48. Surah Al-Fath.
  49. Surah Al-Hujurat.
  50. Surah Qaf.
  51. Surah Adz-Dzariyat.
  52. Surah At-Thur.
  53. Surah An -Najm.
  54. Surah Al-Qamar.
  55. Surah Ar-Rahman.
  56. Surah Al-Waqi'ah.
  57. Surah Al-Hadid.
  58. Surah Al-Mujadilah.
  59. Surah Al-Hasyr.
  60. Surah Al-Mumtahanah.
  61. Surah As-Shaff.
  62. Surah Al-Jumu'ah.
  63. Surah Al-Munafiqun.
  64. Surah At-Taghabun.
  65. Surah At-Thalaq.
  66. Surah At- Tahrim.
  67. Surah Al-Mulk.
  68. Surah Al-Qalam.
  69. Surah Al-Haqqah.
  70. Surah Al-Ma'arij.
  71. Surah Nuh.
  72. Surah Al-Jinn.
  73. Surah Al-Muzzammil.
  74. Surah Al-Muddassir.
  75. Surah Al-Qiyamah.
  76. Surah Al-Insan.
  77. Surah Al-Mursalat..
  78. Surah An-Naba'.
  79. Surah An-Nazi'at.
  80. Surah Abasa.
  81. Surah At-Takwir.
  82. Surah Al-Infitar.
  83. Surah Al- Muttaffifin.
  84. Surah Al-Insyiqaq.
  85. Surah Al-Buruj.
  86. Surah At-Thariq.
  87. Surah Al-A'la.
  88. Surah Al-Ghasyiyah.
  89. Surah Al-Fajr.
  90. Surah Al-Balad.
  91. Surah Asy-Syams.
  92. Surah Al-Lail.
  93. Surah Ad-Dhuha.
  94. Surah Al-Insyirah.
  95. Surah At-Tin.
  96. Surah Al-Alaq.
  97. Surah Al-Qadr.
  98. Surah Al-Bayyinah.
  99. Surah Az-Zalzalah.
  100. Surah Al-Adiyaa.
  101. Surah Al- Qari'ah.
  102. Surah At-Takatsur.
  103. Surah Al-Asr.
  104. Surah Al-Humazah.
  105. Surah Al-Fil.
  106. Surah Quraisy.
  107. Surah Al-Ma'un.
  108. Surah Al-Kautsar.
  109. Surah Al-Kafirun.
  110. Surah An-Nasr.
  111. Surah Al-Lahab.
  112. Surah Al-Ikhlas.
  113. Surah Al-Falaq.
  114. Surah An-Nas.

  • Apakah keistimewaan yang tersirat daripada cara penyusunan Al-Quran yang berperingkat-peringkat? 



Seperti yang sudah kita ketahui Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sebelum dibukukan menjadi mashaf yang lengkap seperti yang dapat kita lihat sekarang. Hal ini menunjukkan terdapat hikmah atau keistimewaannya yang tersendiri hasil daripada cara penyusunan Al-Quran yang sebegitu. Antara keistimewaan yang dapat kita perolehi adalah:



  1. Sentuhan lafaz-lafaz Al-Quran yang jelas terasa dalam aturan suara dan keindahan bahasa yang terdapat di dalam mashaf Al-Quran.
  2. Pengaruhnya kepada umum dan khusus yang semuanya diterpa oleh kegunaannya dan merasakan kehebatannya.
  3. Pengaruh dan kelembutannya terhadap akal sehingga Al-Quran menyeru akal dan hati serta mengumpulkan kebenaran dan keindahan sekaligus.
  4. Kesempurnaan dan keelokan Al-Quran dan hukumnya.Seolah-olah ia merupakan sebutir mutiara yang mempermainkan akal dan mengusik hati.
  5. Kelincahannya dalam memutar ucapan dan keseniannya dalam bahagian-bahagian kalam .Ia sanggup mengutarakan makna yang sama dengan lafaz yang lain dengan cara yang berbeza. Namun tetap tampil dalam bentuk yang menakjubkan.
  6. Pengumpulan Al-Quran di antara "Ijmal" dan "Bayan".
  7. Sambungan makna bersama tujuan dalam lafaz.



^_^ PENGERTIAN MUKJIZAT AL-QURAN ^_^


  • Seperti yang kita sedia maklum, perkataan "Mukjizat" seringkali dikaitkan dengan sesuatu kejadian yang menakjubkan sekaligus sukar dijangkau oleh daya pemikiran manusia yang serba terbatas.Namun begitu, pemahaman tersebut berbeza sedikit dengan erti sebenar dari segi "Mukjizat dalam Al-Quran".Persoalannya apakah yang dimaksudkan mukjizat dalam Al-Quran?
PENGERTIAN MUKJIZAT (BAHASA)

Mukjizat berasal daripada perkataan Arab  (عجز), iaitu ‘Lemah’. Dari sudut bahasa ia membawa maksud dan erti ‘Yang Melemahkan’.

PENGERTIAN MUKJIZAT (ISTILAH)

Mukjizat ialah sesuatu yang luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan di luar kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun sepertinya.

PEMBAHAGIAN MUKJIZAT 

1.    MUKJIZAT DARI SEGI BAHASA
2.    MUKJIZAT DARI SEGI ISI KANDUNGAN
3.    MUKJIZAT DARI SEGI ILMU

1.       MUKJIZAT DARI SEGI BAHASA



Allah menurunkan al-Quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad yang lengkap dengan sastera, kerana masyarakat Arab waktu itu pakar dalam bidang puisi, prosa serta kesusasteraan.Penurunan al-Quran mengkagumkan dan mempesonakan merekadengan keindahan gaya Bahasa serta  susunan lafaz al-Quran.


Bahasa al-Quran amat indah, padat dan tidak dapat ditangani oleh pakar Bahasa daripada semua peringkat zaman. Bahasa al-Quran adalah jelas, tepat dan menyeluruh. Antara lain mukjizat al-Quran daripada segi Bahasa ialah melalui keindahan susunanya, gaya bahasanya dari segi fasahah (فصاحة) dan balaghah (بلاغة).

Kelebihan al-Quran melalui ketinggian gaya bahasanya tidak dapat ditangani oleh sesiapa, dibawa oleh Nabi Muhammad yang bersifat Ummi. Hal tersebut untuk membuktikan dan mengukuhkan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah. Al-quran adalah kalam Allah dan bukan ciptaan atau ucapan Nabi Muhammad s.a.w.


2.       MUKJIZAT DARI SEGI ISI KANDUNGAN

(A) AL-Quran mengandungi peristiwa dan kisah yang telah berlaku di zaman lampau dan zaman sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dalam surah Al-Kahfi.

A025
"Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)."

(B) Isi kandungan al-Quran mempunyai hubungkait antara satu ayat atau surah dengan yang lain dan tidak terdapat sebarang percanggahan sedikit pun, sama ada dari aspek berita, pengajaran dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nisaa’

A082
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.


(C) Dalam al-Quran juga menceritakan peristiwa dan perkara yang akan berlaku di mana peristiwa yang dinyatakan itu memang akan berlaku. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah Ar-Ruum    

غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4

Orang-orang Rom telah dikalahkan (2) Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya (3) Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira (4)

(Ar-Ruum 30:2-4)

(D) Menceritakan sejarah dan pengalaman Nabi dahulu sebagai panduan. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah Yusuf

A003
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.


3.       MUKJIZAT DARI SEGI ILMU

Ilmu ibadat: sembahyang,puasa, zakat dan haji.

Ilmu tentang aqidah dan menyeru semua manusia supaya mentauhidkan Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya semata-mata.

Pengetahuan tentang muamalat dan perhubungan dengan manusia lain, contohnya tentang gadaian, hutang piutang dan jual beli.

Di bidang ekonomi, Islam sentiasa menggalakkan umatnya mencari kebahagiaan untuk bekalan di Hari Akhirat, di samping tidak mengabaikan urusan keduniaan dan mencari harta.

Ilmu balaghah, nahu, sastera dan lainnya, sejarah, politik, pentadbiran dan semua lapangan ilmu yang tidak terhitung.

Sebagai rumusannya, Al-Quran merupakan mukjizat terbesar  Nabi Muhammad. Justeru itu ia juga bertujuan  untuk melemahkan musuhnya dan sesiapa sahaja yang cuba meragui kebenarannya. Allah S.W.T. mencabar sesiapa yang dapat membuat sama seperti al-Quran hanya satu surah sahaja, kiranya dakwaan mereka itu benar, sebagaimana firman Allah S.W.T.:

A023

 "Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kam percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar."
(Al-Baqarah 2:23

Tujuan al-Quran dan mukjizatnya dikurniakan kepada Rasulullah ialah untuk membuktikan serta menguatkan kenabian dan kerasulan serta bukti ajaran yang dibawa oleh Baginda itu adalah dating daripada Allah S.W.T.





  • Al-Quran merupakan panduan hidup yang paling utama dalam hidup manusia sampai hari kiamat.Kalam yang teragung ini  telah diturunkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W sekaligus memberikan pencerahan dalam hidup manusia supaya tidak bergelumang dengan zaman jahiliah. Kisah-kisah yang tersirat dan tersurat di sebalik kalam suci ini memberikan tauladan dan pedoman dalam hidup manusia supaya menjadi lebih baik.Persoalannya, apakah contoh mukjizat Al-Quran yang boleh dipelajari untuk menambahbaik kehidupan manusia?

Semakin banyak yang kita pelajari tentang Al-Quran maka semakin banyak yang perlu kita terokai rahsia disebalik kemukzijatan Al-Quran ini.Terdapat banyak contoh yang terkandung dalam mukjizat Al-Quran yang boleh dipelajari sekaligus mampu dijadikan pedoman dalam hidup manusia.Ia sangat penting untuk supaya dapat memastikan agar kita hidup tidak lari dari landasan yang benar yang berpaksi pada Al-Quran dan As-Sunnah.Antara contoh-contoh mukjizat yang dapat diketengahkan dalam entri kali ini adalah :

  1. CONTOH PERTAMA 
  • Dalam surah Al-A’raaf ayat 103-141, surah Al-Anfaal ayat 52-54, surah As-Syuaraa’ ayat 11-68 dan surah Ghaafir ayat 24-46. telah menceritakan tentang perilaku Firaun yang dengan beraninya mengingkari perintah Allah Taala dengan bangganya. Oleh itu, Allah S.W.T. telah membalas perbuatan Firaun dengan menenggelamkannya dengan para pengikut di Laut Merah semasa mereka sedang mengejar Nabi Musa.


  • Melalui kisah ini, kita dapat gambarkan bahawa orang yang melanggar perintah Allah Taala pasti akan mendapat balasan yang setimpal mengikut apa yang mereka kerjakan di dunia samaada baik atau buruk. Janganlah sekali-kali menjadi orang yang zalim atau menyakiti sesama manusia.

2. CONTOH KEDUA



  • Dalam surah Yusuf yang bermula dari ayat 4 sehingga ayat 110 merupakan kisah yang terpanjang yang terdapat di dalam Al-Quran.Ia menceritakan tentang kisah kehidupan Nabi Yusuf A.S sejak baginda kecil sehinggalah dewasa.Kehidupan baginda penuh ranjau dan berliku.Namun keikhlasan dan kesucian hati baginda mengatasi segala-galanya semata-mata sebagai bukti perasaan cinta yang tulus kepada sang pencipta.


  • Antara kesulitan yang pernah Nabi Yusuf A.S hadapi adalah baginda  telah dianiaya oleh saudara-saudaranya sendiri namun hatinya tetap tidak membenci. Selain itu,baginda pernah dibuang ke dalam perigi, dijual sebagai hamba dan dibeli oleh seorang pegawai tinggi di Mesir. Setelah meningkat dewasa Nabi Yusuf menjadi seorang lelaki yang sangat tampan, sehingga Zulaikha sanggup memerangkap baginda dalam satu tipu muslihat. Kejadian fitnah tersebut telah membawa baginda berada di dalam tahanan. Namun kebolehan dan kemahiran menta’bir mimpi yang dimiliki, membolehkan baginda dibebaskan dan mendapat kedudukan yang tinggi sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri.
A101
“Wahai Tuhanku. Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu ta’bir mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat, sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.
(SURAH YUSUF AYAT 101)

3. CONTOH KETIGA.

  • Selain itu, terdapat contoh mukjizat Al-Quran yang lain sekaligus meliputi ilmu-ilmu ghaib atau berita alam ghaib. Ilmu-ilmu ghaib yang dimaksudkan adalah perkara-perkara yang tidak mampu mencakupi akal fikiran manusia yang serba terbatas seperti kewujudan syurga dan neraka, alam barzakh, malaikat , hari pembalasan dan sebagainya.


  • Sebagai contoh, dalam Al-Quran tidak dinyatakan bila seseorang akan meninggal dunia
    malah menyatakan tentang ciri-ciri yang dapat dilihat pada seseorang apabila mereka hampir kepada kematian. Selain itu, wujud syurga dan neraka sebagai salah satu balasa kepada apa yang telah dilakukan oleh manusia sepanjang kehidupan mereka di dunia. Manusia tidak dapat melihat kewujudan syurga dan neraka dengan mata kasar namun keindahan syurga yang sangat mengagumkan dan neraka yang penuh dengan kesengsaraan dapat dihayati melalui Surah An-Nur ayat 19 yang bermaksud.
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah taala mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian"
(Surah An-Nur 24:19)




Monday, 23 March 2015

MUKADIMAH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
BISMILLAH....


Dengan nama Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha pengasihani, segala pujian hanyalah untukmu YA ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.Juga memerintah hari pembalasan dan engkau jualah yang kami sembah dan padamu jualah kami memohon pertolonganmu iaitu tunjuklah kami jalan yang lurus yang mana jalan yang mendapat keredhaanmu dan jangan sekali-kali kau tunjukkan kami jalan yang sesat yakni jalan-jalan yang mendapat kemurkaanmu YA ALLAH........

Dengan hidayahmu jua YA ALLAH hambamu yang lemah ini mendapat peluang untuk berkongsi secebis ilmu yang tidak seberapa supaya dapat dikongsi bersama sekaligus dapat dimanfaatkan oleh sekelian umat Nabi Muhammad S.A.W di akhir zaman ini. Semoga nukilan ikhlas dari saya yang tidak sebesar mana ini andaikata adanya pahala disisimu, hambamu ini ingin sekali menghadiahkannya kepada kedua-dua ibubapa kami, para pensyarah dan guru-guru dan seluruh umat Islam seantero dunia tidak kira di mana sahaja mereka yang telah mendahului kami YA ALLAH......

Bersyukur kita kepada Allah Azzawajalla dengan taufik dan hidayahnya , telah mengizinkan saya menzahirkan ilmu yang ada melalui nukilan yang ringkas . Nukilan ini disajikan untuk tatapan para pembaca semua agar mendapat manfaat , semoga apa yang kita perolehi boleh diamalkan bersama. In syaa allah......Semoga ianya dapat menenangkan hati nurani, perasaan dan penawar kepada jiwa kerana firman Allah Taala yang bermaksud dalam surah AL-ISRAA' ayat 28 yang bermaksud " dan Kami turunkan ayat-ayat dari Al-Quran untuk menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya (Al-Quran).

Sesungguhnya AL-Quran memberikan seribu satu jalan penyelesaian bagi umat manusia sehingga para pengkaji Barat tertarik untuk menyelongkar rahsia di sebaliknya. Al-Quran merupakan anugerah teragung yang dimiliki oleh umat islam sekaligus sebagai panduan hidup sehingga akhir zaman. Seperti yang kita ketahui hati Umar Al-khattab seseorang yang terkenal dengan sosok yang bengis,garang dan berani menentang terutama dalam usaha untuk menjatuhkan islam akhirnya luluh apabila beliau hanya terdengar alunan bacaan ayat suci Al-Quran. Beliau pada mulanya membenci islam akhirnya menjadi sosok yang menjadi tonggak utama dalam usaha menyebarkan islam. Segala-galanya berlaku selepas beliau memeluk islam sehingga digelar sebagai "SINGA ALLAH"..... Subhanallah......betapa hebatnya kalam suci Al-Quran ini.....

Rasullulah juga sentiasa mengingatkan kita untuk berpegang teguh kepada dua perkara ini iaitu Al-Quran dan As-Sunnah sesungguhnya kita tidak akan sesat sampai bila-bila. Al-Quran juga menjadi senjata umat islam dalam menghadapi masalah kemasyarakatan bagi penyatuan ummah , kerana hanya dengan Al-Quran sahajalah umat islam boleh bersatu kerana firman Allah Taala yang bermaksud "Berpegang teguhlah dengan tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu berpecah belah".

YA ALLAH, hambamu ini memohon keredhaanmu dengan apa usaha yang dilakukan hambamu ini, semoga ianya dapat diterima baik oleh semua lapisan masyarakat . Sesungguhnya Engkaulah maha mendengar lagi maha mengetahui dan hambamu ini tidak mungkin mendapat taufik dan hidayah serta keberkatan tanpa pertolongan daripadamu lecuali dengan izinmu. YA ALLAH sekembalinya kami kepadamu nanti tempatkanlah kami di tempat orang-orang dianugerahi rahmat dan syafaatmu.

Amin ya rabbil alamin........